15 November 2013

Kau Pergi Jua

ini malam, malam Sabtu
aku sendiri bersilang kaki bersama komputer riba di ribaku
dikamar diatas katil yang selalu memelukku bilamanaku diulik mimpi
mimpi akan kamu
ini malam aku ditemani bersama Adam Ahmad-- Kau Pergi Jua
sambil aku menyanyi mengikut rentak lalu tidak aku sedar air mata bercucuran jatuh
tidak aku menahan aku biar ia jatuh
sebab aku puas

lagi aku dibiar keseorangan
tanpa suara tawa marah gurau engkau lagi menemani
aku meneruskan lagi langkahku
tanpa engkau selepas mungkin setahun?
setahun yang adakala engkau hilang
tanpa pesan

dan mungkin kali ini
aku yang hilang
hilang yang engkau tidak akan pernah lihat dipandangan
apatah lagi bayangan?

oh, yang terakhir buat dikau
"akan aku cuba buat engkau bahagia walau dengan cara meninggalkan engkau sekalipun"
ya, telah aku tunaikan janjiku
moga engkau berbahagia


No comments:

Post a Comment